Saturday, August 14, 2010

SIRIH PULANG KE GAGANG...

Himpunan Aidil Fitri Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki & Perempuan serta yang pernah belajar di Maahad Muhammadi Lelaki Pasir Pekan atau Jamie Merbau dijemput ke majlis yang tersebut pada;
Tarikh : 4 Syawal 1431 H.
Jam : 9 Pagi
Tempat : Padang Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa. Kota Bharu, Kelantan.

Pengesahan kehadiran :
Sila SMS ke 013-9229484 ( efendy )
atau email : alumnimmkb@gmail.com
atau klik dan catat pada komen di bawah.

Thursday, August 12, 2010

AJK PENAJA ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI KOTA BHARU


Dari Kiri (Depan) Fazlan, Zaki, Muhamad Yunan, Zulkipli, W. Rozaimin
Dari Kiri (Belakang) Hamdi, Azahar, Najmin, Efendy, Nasruddin dan W. Mohd Tarmizi 

SIAPA YANG LAYAK?


Sekiranya anda pernah menjadi warga Maahad Muhammadi, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan atau Jamie Merbau silalah menjadi followers di laman blog ini dan juga di facebook maahad muhammadi kota bharu

SALAM UKHUWWAH

Alhamdulillah akhirnya semalam 12 Ogos 2010 terbentuklah satu Jawatankuasa Penaja untuk menyatukan kembali seluruh alumni Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan samada yang asalnya dari Jamie Merbau atau yang pernah menjadi pelajar Maahad Muhammadi.

Usaha murni ini adalah demi kecintaan kami kepada sebuah nama agung Maahad Muhammadi yang telah melahirkan cendikiawan bangsa dan negara. Malah alumni Maahad Muhammadi juga telah mewarnai sistem pentadbiran negara.

Alumni Maahad Muhammadi juga terlalu amat ramai yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.Justeru itu sebagai satu wadah untuk kita terus bersama memperkasakan lagi maahad Muhammadi yang kita cintai inim marilah sama-sama kita memperkasakan Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu.

PENUBUHAN ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI KOTA BHARU

12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1413 Hijrah.
Satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja penubuhan Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu telah diadakan di Bilik Gerakan Maahad Muhammadi Lelaki yang telah dihadiri oleh beberapa orang alumni Maahad Muhammadi.

Tujuan Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu diwujudkan adalah untuk mengeratkan kembali hubungan silaturrahim antara alumni Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan serta alumni yang pernah belajar di Maahad Muhammadi (Jalan Merbau).

Turut terlibat dalam penubuhan gabungan alumni ini adalah wakil AMAL dan PERMUTUM serta beberapa orang lagi alumni yang berhasrat untuk mengembalikan keagungan dan kegemilangan Maahad Muhammadi.

Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada;
Hari : Sabtu
Tarikh : 14 Ogos 2010
Tempat : Bilik Gerakan Maahad Muhammadi Lelaki
Jam : 5 petang

Semoga Ukhuwwah Kekal Abadi