Thursday, August 12, 2010

PENUBUHAN ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI KOTA BHARU

12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1413 Hijrah.
Satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja penubuhan Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu telah diadakan di Bilik Gerakan Maahad Muhammadi Lelaki yang telah dihadiri oleh beberapa orang alumni Maahad Muhammadi.

Tujuan Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu diwujudkan adalah untuk mengeratkan kembali hubungan silaturrahim antara alumni Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan serta alumni yang pernah belajar di Maahad Muhammadi (Jalan Merbau).

Turut terlibat dalam penubuhan gabungan alumni ini adalah wakil AMAL dan PERMUTUM serta beberapa orang lagi alumni yang berhasrat untuk mengembalikan keagungan dan kegemilangan Maahad Muhammadi.

Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada;
Hari : Sabtu
Tarikh : 14 Ogos 2010
Tempat : Bilik Gerakan Maahad Muhammadi Lelaki
Jam : 5 petang

Semoga Ukhuwwah Kekal Abadi

No comments:

Post a Comment