Thursday, August 12, 2010

SALAM UKHUWWAH

Alhamdulillah akhirnya semalam 12 Ogos 2010 terbentuklah satu Jawatankuasa Penaja untuk menyatukan kembali seluruh alumni Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan samada yang asalnya dari Jamie Merbau atau yang pernah menjadi pelajar Maahad Muhammadi.

Usaha murni ini adalah demi kecintaan kami kepada sebuah nama agung Maahad Muhammadi yang telah melahirkan cendikiawan bangsa dan negara. Malah alumni Maahad Muhammadi juga telah mewarnai sistem pentadbiran negara.

Alumni Maahad Muhammadi juga terlalu amat ramai yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.Justeru itu sebagai satu wadah untuk kita terus bersama memperkasakan lagi maahad Muhammadi yang kita cintai inim marilah sama-sama kita memperkasakan Alumni Maahad Muhammadi Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment